Skip to main content

KISAH PEMUDA & KERJA


KISAH PEMUDA & KERJA

Seorang pemuda tergesa-gesa masuk ke sebuah kedai runcit di sebuah pekan kecil. Setelah dia membayar satu tin minuman dan mendapatkan baki duit syiling, dia terus mendapatkan set telefon berbayar yang terletak dihujung kaunter tadi. Sungguh berhati-hati dia mendail dan mula berbual. Tuan punya kedai runcit turut memasang telinga mendengar perbualan pemuda berkenaan.

Pemuda: "Puan, bolehkah saya mendapat pekerjaan memotong rumput di halaman rumah puan?"

Puan: "Saya sudah ada pekerja..".

Pemuda: "Puan boleh membayar saya separuh upah dari orang itu".

Puan: "Saya amat berpuas hati dengan hasil kerja pekerja saya itu".

Pemuda (merayu): "Saya akan menyapu dan membersihkan halaman rumah puan dan saya jamin di hari minggu halaman rumah puan akan jadi yang tercantik di antara rumah-rumah yang berada di situ".

Puan: "Tidak, terima kasih".

Pemuda tadi terus meletak kembali gagang telefon. Tuan punya kedai runcit turut bersimpati, dan mendekati pemuda tadi.

Pemilik Kedai: "Anak muda, aku suka sikapmu, semangat positifmu, dan aku ingin menawarkanmu pekerjaan".

Pemuda: "Tidak. Terima kasih sajalah Pak Cik!".

Pemilik Kedai: "Tapi tadi kedengarannya kamu sangat memerlukan pekerjaan".

Pemuda: "Oh, itu. Sebenarnya Pak Cik, Saya cuma mahu memastikan apakah kerja yang selama ini saya lakukan memuas hati majikan saya atau tidak. Sayalah tukang kebun yang bekerja untuk puan dalam telefon tadi!"

==================

Hebat Pemuda tadi! Kita juga patut menilai prestasi kerja yang kita lakukan di tahun 2016 untuk memastikan kualiti yang lebih baik lagi di tahun 2017.

Ingatlah...... "WAKTU seperti sungai, kita tidak boleh menyentuh air yang sama untuk kedua kalinya, kerana air yang telah mengalir akan terus berlalu dan tidak akan pernah KEMBALI".

Selamat Menyambut Tahun Baru 2017 yang lebih mencabar...

Popular posts from this blog

AIR SEJUK DAN KHASIATNYA

Rahsia ais dan air sejuk ■ Air sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia (sukar tidur) agar dapat kembali tidur seperti biasa. ■ Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang. ■ Liputan ais di Antartika (daerah Kutub Selatan) dan Artik (daerah Kutub Utara) adalah pengimbang dasar bumi yang amat panas. ■ Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semula jadi alam yang mengawal graviti dan pergerakan bumi pada paksinya. ■ Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan. ■ Ais amat diperlukan mana-mana atlet dalam kecederaan yang tidak disangka-sangka, ■ Air sejuk atau ais kini dijadikan bahan perencat kepada kecederaan yang akut seperti demam panas yang biasanya dihidapi bayi yang mempunyai potensi menghidapi penyakit sawan...

EPP 0% INTEREST - FUSIONTOP

PLAN EPP FUSIONTOP Pilihan bayaran dari serendah RM95 (36 bulan) Urusan dokumentasi paling ringkas Tidak perlu serah dokumen peribadi Pasang dahulu dan baru swipe kad kredit Jimat banyak berbanding belian rental biasa 3 tahun tempoh paling maksima 6 bulan tempoh paling singkat 0% interest (harga tunai bahagi tempoh bulan pilihan) Hak milik segera (tiada kontrak)

SELAMAT HARI GURU

Kami menghargai jasa guru-guru kami, tanpa mereka kami tidak kenal angka dan abjad apatah lagi mengira dan membaca. Sebagai menghargai mereka, Cuckoo ada tawaran khas utk guru-guru diluar sana yang nakkan penapis air utk keluarga mereka, sekarang adalah masa terbaik utk memiliki satu. Beli 1 unit Fusion Top dan dapat percuma sebuah periuk nasi yang bernilai RM799. Tawaran sehebat ini hanya utk guru-guru kerana mereka adalah insan hebat.. Call/whatsapp mana2 nombor dibawah utk info lebih lanjut: 0189750153 Iskandar 0162933030 Norwani